Friday, April 7, 2023

KULIT CANTIK SEPERTI REMAJA PERLUKAN VITAMIN


Vitamin kulit cantik

Nak share satu story ni! Ingat lagi dulu saya paling tak suka dengan soalan macam ni. 

"Nak ikut pergi pulau tak?" 

"Bulan ni free tak? nak ajak pergi pulau."

Bila dengar jee zappp otak saya terus bekerja nak fikir alasan apa nak bagi kat kawan-kawan ni, haha lawak betul bila ingat balik. Kawan-kawan pun dah faham dengan perangai saya.

Maklumla saya tinggal di Terengganu, jadi memang tak lari dari ajakan ke pulau. 

Cuma boleh kira dengan jari berapa kali je saya pernah ke pulau. Pulau Perhentian tu pun saya belum pernah jejak lagi seumur hidup saya walaupun dekat je. Sedih betul kan? 

FOBIA DENGAN MATAHARI 

Saya anti betul dengan matahari, sebab matahari tak mesra langsung dengan saya. Boleh ke gitu? 

Bukan apa,  dari dulu saya memang tak boleh lari dengan kulit muka 'sunburn'. Sampai tahap kalau kena panas terik tak sampai satu jam pun muka dengan tangan saya mesti berbelang tak ingat dunia. Jenuh sapu sunscreen tapi macam tu lah jugak keadaannya. 

Itu belum lagi ke pulau,  kalau saya ke pulau alamatnya hangus rentung lah saya tersidai di tepi laut hihi 

Bila muka burn, automatik muka saya akan nampak sangatt kusam! Ni lah kerisauan terbesar saya. KULIT MUKA KUSAM! OH NOOO!!!!

5 Punca Kulit Muka Kusam

1. Terlalu banyak terdedah kepada sinar matahari (Sinar UVA) 

Hati-hati dengan radiasi UVA kerana dia boleh tembus masuk sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Boleh jadi pigmentasi pada kulit.

2. Sel-sel kulit mati terkumpul

Biasanya sel kulit mati ni akan tertanggal sendiri tanpa kita sedar untuk digantikan dengan sel kulit yang baru,  tapi adakalanya sel kulit yang mati tidak tertanggal sepenuhnya dari wajah kita. 

Kalau dibiarkan tanpa melakukan scrub pada wajah, sel kulit mati ni akan berkumpul sebab tu muka kita nampak kusam dan tidak sihat. 

3. Kurang tidur

Seseorang yang tidak mendapat tidur yang cukup lebih cenderung untuk kelihatan letih dan tidak bermaya.

4. Dehidrasi

Bila tubuh badan tidak mendapat jumlah air yang mencukupi,  ia boleh menyumbang kepada garis kedutan dan pori-pori yang kelihatan jelas pada wajah. 

5. Diet yang tidak seimbang

Nutrien yang sihat perlu diambil untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah. Sebab tu kita kena lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan seharian kita. 

Pastikan makanan kita mengandungi vitamin-vitamin yang baik untuk kulit wajah berseri. Jangan skip vitamin kulit tau! 

VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK DARI DALAM

Rupanyaa nak kulit cantik dan sihat,  bukan semata jaga luaran je. Walaupun tak skip cuci muka, pakai pelembap sunscreen dan sebagainya kita tetap kena jaga dari dalam.  

Kulit ni ialah organ terbesar dalam tubuh badan manusia, jadi kita kenalah jaga extra. Tak boleh sambilewa kalau nak kulit cantik tau! 

Antara vitamin yang saya makan dan fokus untuk kulit ialah; 

1. Vitamin C 

Vitamin c  ni sangat penting untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Tetapi kadar vitamin c dalam badan akan berkurang apabila umur semakin meningkat. Malangnya badan manusia tak boleh hasilkan vitamin c sendiri tau. 

Untuk cukupkan keperluan vitamin c dalam badan,  seseorang tu perlu makan 7 biji buah oren setiap hari! Awak boleh ke?  

Boleh jadi satu komitmen pulak untuk pastikan setiap hari ada 7 biji buah oren dalam peti ais haa. Setiap hari kena keluarkan duit untuk beli buah oren. Kalau saya tak sanggup!  

Jadi saya makan lah vitamin c sebiji sehari sebab dia boleh menyekatakan tona kulit dan mencerahkan kulit saya.  Banyak manfaat vitamin c. 


2. Protein 

Pengambilan protein yang cukup dapat membantu membina sel-sel yang rosak. Jadi tak hairan lah bila amalkan protein, kuku,  kulit dan rambut jadi cantik. Kebanyakan protein berasal dari produk berasaskan haiwan macam daging,  ikan, ayam,  dan telur. 

Tapi saya lebih suka amalkan protein yang berasaskan tumbuhan seperti kekacang. Sebab tu saya pilih protein soya dari Shaklee iaitu ESP.  Soya yang diproses dengan sangat teliti tanpa mengurangkan satu pun khasiatnya. 

Jadi kalau nak kulit cantik,  gebu dan anjal jangan lupa amalkan protein ESP ni sebagai vitamin kulit kita. 

Vitamin kulit

TESTIMONI VITAMIN KULIT CANTIK SHAKLEE 

Kulit tak kusam, tona kulit makin sekata

Vitamin kulit cantik

Kulit makin cerah dan gebu

Vitamin kulit cantik

Haa tu je saya nak share. My kusam skin journey hihi. 

Sebelum terlupa bulan ni VITAMIN KULIT ni ada promosi harga rahmah. Untuk yang nak kulit cantik dan super sihat, ni lah masa terbaik untuk korang cuba. Jom dapatkan dari jenama terbaik Shaklee yang dihasilkan oleh saintis terbaik dunia. 

Vitamin kulit cantik


Sebelum terlepas promo, kalau berminat nak grab promo ni boleh hubungi saya di whatsapp - 0145375528. Atau KLIK SINI untuk terus ke whatsapp saya okay!  

Saya sedia membantu korang untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat! 

No comments:

Post a Comment