Monday, May 1, 2023

Raya 2023 paling bermakna

Sedar tak sedar dah lepas Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Ya Allah sekejap betul masa berlalu. Kalau tahun 2022 orang panggil raya terkejut,  tahun 2023 ni orang raya standby pulak haha masing2 balik kampung dua hari awal tau punyalah standby takut raya mengejut lagi. Kelakar betul. 

Paling bersyukur tahun ni masih lagi diberi peluang dan ruang untuk sambut ramadan dan syawal dengan family tercinta. Nikmat mana lagi yang hendak didustakan. 

Beraya dengan tokwan dan tokki


Tak banyak cerita untuk dikongsi tapi yang pasti syawal kali ni paling bermakna untuk saya. Bukan sebab tahun ni raya dengan suami (sebab saya masih single hihi), bukan sebab raya tahun ni ada banyak baju raya (sebab saya keep it simple aje). Dah tu sebab apa? 

Sebabb saya dapat capai target raya saya! Semestinya nak kurus sebelum raya. Yelaa target tiap tahun,  tapi tahun ni baru berjaya kahkahkah 

Sebelum tu kita throwback laa gambar yang orang tegur berisi tapi buat tak tahu,  yang perasan diri tu tak gemuk pun. Rupanyaaa.. 

Konfiden is the key


Saya perasan kan tahun ni orang dah tak tanya soalan-soalan sensitif dah. Semua sangat menjaga mungkin sebab dah banyak content-content perli memerli yang orang buat dekat tiktok,  instagram dan sebagainya. Semua jadi lebih berhati-hati bila bercakap. 

Mungkin sebelum ni orang tak tahu pun yang pertanyaan mereka tu boleh buat orang terasa kan? Sebab niat asal cuma nak bermanis mulut sahaja, bergurau senda sebab lama tak bersua. Tapi rupanya lain yang diambil kira. Apa apapun semoga tidak merenggangkan hubungan silaturahim semua.

Okay sambung balik. 

Part paling seronok yang buat saya kembang semangkuk bila ada yang menegur ;

"Nampak makin kurus la"
"Eh baru perasan dah kurus dia"
"Diet ke? Nampak lain dah"

Haaa maknanya misi saya berjaya lah yahuuu! Jap nak payung gambar latest hihi

Posing raya pertama


Posing raya kedua

Lepas kurus sikit ni baru perasan dulu saya tak ada pun gambar sorang-sorang. Sekarang kemain lagi eh suka bergambar. Maksudnya saya memang tahu lah dulu saya berisi tak cantik dalam gambar, jadi takde konpiden langsung nak bergambar. 

Tahu tapi tak diet, sebab diet tu menyusahkan! Tak seronok! 

Sekarang tak lagi sebab dah jumpa diet FBM, enjoy namatey. Tak rasa terseksa langsung nak diet. Diet macam tak diet itu yang kita mahukan, know know loss weight. Indah sungguh hari raya dengan shaklee tahun ni. 

Bukan setakat loss weight, kulit wajah pun glowing je, tak kusam. Sebab cukup semua nutrisi yang badan perlukan. Nak tips kulit cantik tekan sini.

Haa yang belum capai target kurus lagi. Jangan risau bestie,  target untuk raya haji pulak! Sempat sangat dengan bantuan supplement dari shaklee. Supplement shaklee ni bukan ubat kurus tau. Cuma sebagai alternatif untuk topup gap nutrisi yang akan berlaku bila kita start diet. 

Taknak lah kan nanti dah kurus, tapi rambut gugur,  kulit kering, perut menggelebeh. Kalau boleh kita nak turun berat badan and at the same time nak badan cantik, sihat & cergas jugak. 

Boleh add on supplement ni tau, 

1. Omega Guard



2. Lecithin



3. Alfalfa Complex



4. Herb-lax


Macam mana nak dapatkan supplement raya ni dengan harga terbaik,  boleh terus whatsapp saya disini. Nanti kita sembang-sembang. 

Harapnya korang pun dapat raya terbaik korang tahun ni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin semua! Jumpa lagi... 



Hargai sihat sebelum sakit || Raihanah Tarmizi
Whatsapp : 0145375528
Ig :Raihanahtz_

2 comments:

  1. haha standby nak raya ye jugak. I balik pun ngam ngam sampai jumaat, sempat berbuka sehari. Nasib baik bukan Jumaat raya tauu

    ReplyDelete