Pengalaman berniaga di UniversitiTeringat pula zaman belajar dekat universiti dulu. Nak tampung belanja bulanan bukan mudah, berjimat teruk pun masih lagi tak cukup duit.
99% belanja bergantung dekat duit pinjaman je, itupun lepas tolak yuran dapat laa seribu lebih untuk 6 bulan. Sebulan cuma ada lebih kurang RM300 je semput-semput untuk belanja makan.
Nak mintak duit dekat parents tak sampai hati nak menyusahkan, pening juga laa fikir macam mana nak dapat duit lebih walaupun masa ni masih lagi bergelar student.
Jarang sangat-sangat keluar hujung minggu, kalau nak keluar dari kampus memang kena ada kenderaan sebab kampus jauh dari bandar. Jadi kalau nak keluar terpaksa lah sewa kereta. Sewa kereta maknanya kena keluar duit laa.
 |
Ni lah sahabat susah senang saya dekat universiti! comel kan? hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum masuk universiti lagi saya dah aktif buat Bisnes Online sebagai dropship. Tapi berniaga pun macam tak berniaga sebab sendu sangat.
Tiap-tiap hari post iklan dekat soc med bezanya sekarang orang dah pandai buat content nak attract customer. kalau dulu poster je memanjang. Leader pun tak ada ajar macam mana nak tarik customer, buat marketing dan sebagainya. Semuanya kena berdikari sendiri.
Saya fikir kalau stay je macam ni memang tak masuk lah income extra. susah weh.
Ada satu hari tu tiba-tiba saya dapat whatsapp dari stranger, chat tu macam ajak saya buat bisnes la. Apa yang saya tertarik dengan chat tu adalah reward yang dia akan bagi kalau saya dapat buat sale paling tinggi. Dapat pergi langkawi 3H2M full sponser. Wow tak?
Maka bermula lah perjalanan saya sebagai seorang penjual nasi lemak di kolej kediaman saya. Walaupun tak pandai nak berniaga, saya jadikan reward ke Langkawi tu sebagai fokus utama saya.
 |
Teringat pulak nasi lemak ayam buttermilk ni. Dengan pedas sambal bilisnya gabung pulak dengan sos creamy. Yummy!
|
Jadi setiap hari saya akan ambik order untuk delivery esoknya. Setiap petang akan pergi COD dekat bilik customer. Kadang kalau lambat berlari sebab takut customer marah, naik turun tangga biasa je dengan plastik penuh dan berat kat tangan. Nak tersadung pun pernah hahaha
Punya syok jual nasi lemak ni walaupun penat, sehari saya boleh jual lebih 30 bekas. Sampai akak owner tu mintak tips dari saya nak share dekat agent lain tau.
Last sekali memang saya dapat laa reward tu sebab saya punya sale paling tinggi. Bangga gila walaupun baru start berbekalkan kegigihan tu i got it! Cuma tak pergi langkawi sebab certain problem, akak owner tu ganti dengan reward lain.
Seronok tapi penat
Berbekalkan pengalaman berniaga sebelum ni, saya jadi lebih berhati-hati untuk memilih perniagaan yang terbaik untuk saya supaya saya tak berhenti separuh jalan.
Saya tak nak buat benda yang memenatkan sebab nanti saya akan turn off, mulalah datang niat nak stop.
Akhirnya saya tergerak hati nak kenal dengan company Shaklee. At first saya hanyalah pengguna produk shaklee sahaja. Tapi bila saya nampak peluang yang ditawarkan oleh Shaklee yang mana kalau saya tak grab saya adalah orang yang tersangat rugi. Jadi saya decide untuk start berniaga dengan Shaklee.
4 peluang yang buat saya tertarik dengan Shaklee
1. Shaklee ada payslip
Dan payslip shaklee ni laku dimata bank tau! Nak buat loan kereta, loan rumah semua boleh. Setiap bulan kita akan dapat bonus selain daripada untung runcit setiap jualan. Yang specialnya kita boleh tentukan berapa amaun yang kita nak dalam payslip kita.
 |
Setiap hari boleh tengok kenaikan gaji |
2. Berpeluang join trip mewah ke luar negara
Shaklee juga tawarkan reward percutian mewah 6 bintang. Percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee dari sudut makanan, tiket penerbangan, penginapan, tiket masuk ke acara atau tempat lawatan. Paling best duit poket pun disediakan bagi setiap yang layak. Kita cuma bawak diri sahaja.
3. Tak perlu keluar modal
Untuk newbies yang baru nak start bisnes, saya paling seram kalau kena keluarkan modal. Bukan apa, sakitt kalau modal kita tu tak boleh nak rolling. Sebab kita baru nak bertatih jadi saya nasihatkan jangan ambik risiko.
Kalau tak keluarkan modal bermakna kita tak ada simpan stock bawah katil. Di Shaklee semua barang akan dipos oleh pihak Shaklee sendiri. Kita cuma perlu klik-klik sahaja di website. Mudah dan senang bukan? Jadi tiada istilah stok tak laku atau stok peram.
4. Ukhuwah yang erat
Dengan Shaklee, saya dapat kenal dengan ramai orang yang berbeza bidang dan latar belakang. Ada yang bekerja sebagai Doktor, pensyarah, jurutera, akauntan, surirumah, pelajar, dan lain-lain.
Kalau nak buat bisnes, carilah bisnes yang ada team. Baru kita akan rasa enjoy sebab kita tak berseorangan. Paling penting carilah team yang supportive dan masuk air haha
 |
Macam team saya ni! Sayang semuaaa! |
Nak Try Berniaga Tapi Tak Pandai? Jangan takut! Semua orang asalnya dari tak pandai, asalkan ada usaha nak belajar. Kita boleh grow together!
Upline saya selalu pesan kalau nak buat bisnes buat masa kita senang, jangan tunggu sempit dulu baru terkial-kial nak cari extra income. Lagi pun kita buat semua ni untuk diri kita dan kebaikan orang lain juga.
 |
Moments masa join seminar RYG 2023 yang paling gempak |
Untuk awak yang nak cuba buat bisnes online, buat sekarang tau! Jangan tunggu-tunggu lagi. Kalau rasa nak borak dengan saya pasal bisnes Shaklee meh whatsapp saya, boleh
KLIK SINI.
Saya tunggu awak whatsapp tau 🤗
Lots of love,
Raihanah
No comments:
Post a Comment