Wednesday, May 17, 2023

Say Hello to New You Dengan Shaklee

Haa awak tu, dah puas ternak lemak makan macam-macam dekat open house kan? Pastu balik naik penimbang buat-buat terkejut pulak berat naik. Eh sama lah kita! Haha

Tapi jangan risau korang,  alaa biasalah tu normal lah kalau berat naik sikit kan. Benda boleh settle,  boleh bawak bincang jadi kita jangan kalut nak depress stress pulak. 

Tak normal bila kita buat tak tahu je, redha lah kononnya. Ehh jangan macam tu,  sebelum macam-macam kejadian lagi berlarutan,  eloklah kita insaf cepat-cepat. 

So first step bila rasa berat dah semakin naik,  kita buat intermittent fasting dulu! Yang ni step paling leceh sebenarnya sebab kena tahan lapar,  awal-awal mula dulu nak buat 10 jam pun tak mampu sebab lapar sangat.  Ye lah kalut duk makan nasi sebelum start memang meminta lah jawabnya. 

KENAPA CEPAT LAPAR?? 

Sebab saya start dengan makan makanan tinggi karbohidrat dan lemak tepu macam nasi tu. 

Makanan macam ni akan induce gula naik laju dan terus tinggi dalam darah. Bila gula tinggi, insulin akan tinggi. Bila insulin tinggi,  insulin akan bertindak laju untuk dropkan blood sugar kita ni. 

Jadi bila blood sugar rendah, time ni lah kita akan rasa macam-macam.

Cepat lapar, cepat mengantuk,  lemau, penat dan sebagainya. 

Last-last duk melepek aje sebab letih maka tidak produktif lah hari kita. 

So nak jadi bertenaga, cergas, tak cepat lapar, makanlah protein!  


Protein cinch shake shaklee ni sangat membantu memudahkan proses IF saya. Bila open window pukul 8 pagi, pukul 12 tengahari masih lagi boleh tahan lapar. Secara sainsnya,  protein didigest lebih perlahan oleh badan kita. Bila digestion perlahan, gula akan dilepaskan dengan perlahan, maka takdelah spike of sugar dalam darah. Yang paling best protein siap akan bagi kita kenyang lebih lama dan bagi extra energy. 

Bila nak kurus,  pastikan aim kita bukan untuk turunkan berat badan semata. Kita nak kaut banyak lagi kelebihan sepanjang proses penurunan berat badan kita. Sebab tu saya suka sangat dengan program hello new you ni.  

Program ni dilancarkan oleh Shaklee untuk membantu menyokong mereka yang inginkan versi yang lebih baik untuk diri sendiri dari segi kesihatan dan fizikal. 


Nak achieve semua kat atas tu senang je dengan pengambilan set Hello New You. Dah lengkap semua yang badan perlukan untuk kesihatan yang lebih baik. Boleh dapatkan dengan pengedar shaklee malaysia

Harga promosi SET HNY

Sebab apa set ni dah cukup lengkap?  Selain protein,  korang jugak boleh dapat herblax, lecithin dan omega guard sekali! 

Herblax - (agen detoks) 

  • Melawaskan pembuangan najis
  • Mengempiskan perut buncit
  • Membuang toksin dalam badan
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Usus lebih sihat dan bersih
Lecithin
  • Bertindak sebagai "emulsifier"
  • Menyahtoksin dalam badan
  • Membantu penurunan berat badan
  • Mencairkan lemak dalam badan
Omega Guard
  • Kaya dengan EPA dan DHA
  • Bagus untuk kesihatan jantung
  • Mengurangkan kolestrol jahat
  • Membakar lemak degil


Untuk bulan ni,  sehingga 31 May 2023. Setiap pembelian set hello new you ni akan dapat percuma 1 tong protein cinch shake vanilla yang berharga Rm152. Korang cuma perlu bayar Rm353 sahaja untuk 5 barang dan berpeluang enjoy free membership dan free postage! 

Kalau dah timbul keinsafan tu jomlah whatsapp saya kat SINI


Hargai sihat sebelum sakit || Raihanah Tarmizi
Whatsapp : 0145375528
Ig :Raihanahtz_

Tuesday, May 16, 2023

Hari Raya Meriah 2023

Syawal paling meriah dengan open house. Selagi tak habis bulan syawal, selagi tulah orang berebut nak jamu keluarga dan kawan-kawan. 30 hari beraya memang dah sebati dengan orang Malaysia kan?  Seronok betul. 

Kalau kat kampung jemputan hari raya open house tak banyak sangat, biasanya minggu pertama dan kedua syawal je rancak sikit. Lepas tu orang dah berbalik pada rutin harian masing-masing dah. Kalau ada pun sambutan dekat tempat kerja ataupun sekolah. 

Macam tahun-tahun sebelum ni,  saya akan ikut mak ayah beraya dekat kampung mereka. Memang tiap-tiap tahun akan beraya di kampung sebab dekatt ajee. Takde alasan lah untuk tak balik kan. Kecuali kalau dah ada laki ehhh haha

Tahun ni pulak hari raya pertama dah dapat jemputan open house dari kawan saya. Tapi disebabkan saya pulang beraya kat kampung mak ayah, tak ada rezekilah untuk join sekali. 

Paling best bila open house dapat jumpa semua kawan-kawan lama. Dah lama tak dapat berkumpul semeja disebabkan komitmen masing-masing. Mula lah keluar macam-macam cerita yang mengimbau kenangan lama. Alhamdulillah berkesempatan untuk bersua dengan semua. 

Berkumpul dengan sahabat gojes


Open house rumah achik

Open house lauk kenduri


Menariknya tahun ni, tarikh sambutan penilaian AKRF betul-betul dalam bulan syawal. Memang double meriah la sebab vibe-vibe hari raya masih terasa. 

AKRF tu apa?  Haa kami warga Felda memang selalu sangat ada pertandingan. Keceriaan lah kebersihan lah. Memang setiap bulan akan keluar gotong royong untuk pastikan felda kami cantik dan bersih. AKRF tu ialah satu Program Penilaian Anugerah Keceriaan Rancangan Felda (AKRF). 

Geng konvoi penilaian


Penilaian ni dibuat di setiap blok, blok tu macam taman lah. Semua sekali ada 16 blok,  saya dekat blok 14. Jadi geng-geng ni akan ronda di setiap taman. 

Tema orang kampung 

Mak buat nasi beriani special

Kepakaran mak saya memang buat nasi beriani ni. Dia paling teruja kalau buat makan-makan mesti akan volunteer untuk masakkan dia punya nasi beriani. 

Makanan tak banyak pun sebab setiap blok akan hidangkan makanan masing-masing. So total ada 16 tempat lah yang hidangkan makanan. Macam buat open house lah dia punya vibe ni sebab hidang kat rumah saya. 

Rumah saya dekat center blok jadi memang kena jadi tuan rumah

Standby tunggu penilaian

Cerita open house saya tak banyak pun,  tapi adalah untuk diceritakan. 

Tahun depan nak request kat mak buat open house besar-besar lah. Hihi. 

Monday, May 1, 2023

Raya 2023 paling bermakna

Sedar tak sedar dah lepas Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Ya Allah sekejap betul masa berlalu. Kalau tahun 2022 orang panggil raya terkejut,  tahun 2023 ni orang raya standby pulak haha masing2 balik kampung dua hari awal tau punyalah standby takut raya mengejut lagi. Kelakar betul. 

Paling bersyukur tahun ni masih lagi diberi peluang dan ruang untuk sambut ramadan dan syawal dengan family tercinta. Nikmat mana lagi yang hendak didustakan. 

Beraya dengan tokwan dan tokki


Tak banyak cerita untuk dikongsi tapi yang pasti syawal kali ni paling bermakna untuk saya. Bukan sebab tahun ni raya dengan suami (sebab saya masih single hihi), bukan sebab raya tahun ni ada banyak baju raya (sebab saya keep it simple aje). Dah tu sebab apa? 

Sebabb saya dapat capai target raya saya! Semestinya nak kurus sebelum raya. Yelaa target tiap tahun,  tapi tahun ni baru berjaya kahkahkah 

Sebelum tu kita throwback laa gambar yang orang tegur berisi tapi buat tak tahu,  yang perasan diri tu tak gemuk pun. Rupanyaaa.. 

Konfiden is the key


Saya perasan kan tahun ni orang dah tak tanya soalan-soalan sensitif dah. Semua sangat menjaga mungkin sebab dah banyak content-content perli memerli yang orang buat dekat tiktok,  instagram dan sebagainya. Semua jadi lebih berhati-hati bila bercakap. 

Mungkin sebelum ni orang tak tahu pun yang pertanyaan mereka tu boleh buat orang terasa kan? Sebab niat asal cuma nak bermanis mulut sahaja, bergurau senda sebab lama tak bersua. Tapi rupanya lain yang diambil kira. Apa apapun semoga tidak merenggangkan hubungan silaturahim semua.

Okay sambung balik. 

Part paling seronok yang buat saya kembang semangkuk bila ada yang menegur ;

"Nampak makin kurus la"
"Eh baru perasan dah kurus dia"
"Diet ke? Nampak lain dah"

Haaa maknanya misi saya berjaya lah yahuuu! Jap nak payung gambar latest hihi

Posing raya pertama


Posing raya kedua

Lepas kurus sikit ni baru perasan dulu saya tak ada pun gambar sorang-sorang. Sekarang kemain lagi eh suka bergambar. Maksudnya saya memang tahu lah dulu saya berisi tak cantik dalam gambar, jadi takde konpiden langsung nak bergambar. 

Tahu tapi tak diet, sebab diet tu menyusahkan! Tak seronok! 

Sekarang tak lagi sebab dah jumpa diet FBM, enjoy namatey. Tak rasa terseksa langsung nak diet. Diet macam tak diet itu yang kita mahukan, know know loss weight. Indah sungguh hari raya dengan shaklee tahun ni. 

Bukan setakat loss weight, kulit wajah pun glowing je, tak kusam. Sebab cukup semua nutrisi yang badan perlukan. Nak tips kulit cantik tekan sini.

Haa yang belum capai target kurus lagi. Jangan risau bestie,  target untuk raya haji pulak! Sempat sangat dengan bantuan supplement dari shaklee. Supplement shaklee ni bukan ubat kurus tau. Cuma sebagai alternatif untuk topup gap nutrisi yang akan berlaku bila kita start diet. 

Taknak lah kan nanti dah kurus, tapi rambut gugur,  kulit kering, perut menggelebeh. Kalau boleh kita nak turun berat badan and at the same time nak badan cantik, sihat & cergas jugak. 

Boleh add on supplement ni tau, 

1. Omega Guard



2. Lecithin



3. Alfalfa Complex



4. Herb-lax


Macam mana nak dapatkan supplement raya ni dengan harga terbaik,  boleh terus whatsapp saya disini. Nanti kita sembang-sembang. 

Harapnya korang pun dapat raya terbaik korang tahun ni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin semua! Jumpa lagi... 



Hargai sihat sebelum sakit || Raihanah Tarmizi
Whatsapp : 0145375528
Ig :Raihanahtz_

Thursday, April 27, 2023

Insentif Tambahan Special dari Shaklee

Bila bercakap pasal Shaklee, benda pertama yang terlintas dekat kepala saya adalah habuan yang ditawarkan kepada pengedarnya.  

Lumrah manusia, kita akan bekerja lagi kuat dan bersungguh-sungguh bila kita tahu ada reward yang menanti kita di hadapan nanti. Jadi pembakar semangat untuk kita berusaha lebih baik lagi. Kadang daripada terpaksa buat lama-lama kita akan jadi cinta untuk buat sesuatu perkara tu.  

Antara sebab reward itu penting dalam kerjaya


Apa yang menariknya dengan Shaklee adalah,  shaklee menawarkan 3C iaitu Cash,  Car, Convention. 

1C - Cash

Siapa je tak suka kalau dapat duit kan? Faktor terbesar bila saya buat bisnes online sebab saya nak duit extra, nak ada income lebih, nak pegang duit sendiri. Yang bestnya dengan Shaklee,  kita boleh dapat dua sumber cash tu. 

Satu untung runcit yang kita boleh dapat terus lepas kita jual produk kita, satu lagi adalah cash bonus (gaji) yang akan dikreditkan ke akaun bank setiap pertengahan bulan. Walaupun buat part time kita akan dapat gaji weh. Maksudnya kalau buat dua kerja,  kita dapat 2 slip gaji lah. Ahhh heaven betul! 🤑

Yang lagi menarik, Cash ni boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang cukup UV walaupun dia tak menjalankan perniagaan Shaklee hanya sekadar consume sendiri (ahli makan). Menarikkan! makan vitamin saja pun boleh dapat cash bonus.

Cash bonus tu pulak unlimited! Boleh pilih kita nak berapa sebulan. Yang penting kenalah bersungguh-sungguh. Asalkan rajin dan usaha insyaAllah kita pun boleh dapat. 

Unlimited Cash Bonus


2C - Car

Yang ni selalu sangat upline sebut, kita tak akan menyesal pulun car bonus ni. Kalau dapat car bonus umpama dapat pencen seawal usia muda. Besar tau jumlah car bonus ni. Punyalah best car bonus ni sebab once kita dapat,  shaklee akan bayar seumur hidup kita tau. Haa shaklee akan bayar sebab shaklee tak bagi kereta sebijik. 

Shaklee convert kepada cash bonus jugak minima dari RM500 kepada unlimited. Bila volume sales kita makin banyak car bonus kita pun akan bertambah. Terserah kita nak guna car bonus tu untuk apa, buat beli rumah ke beli tanah ke, bayar duit pinjaman ke, nak buat saving pun boleh tau. 

Dengar pun dah best kan? Apatah lagi kalau dah merasa. Oh senangnya dalam hati.

3C - Convention

Paling last dan paling gempak adalah convention trip ni! Shaklee menawarkan local Regional Trip dan International trip sebagai insentif kepada keluarga besar Shaklee. Kalau namanya percutian dengan Shaklee memang tak dinafikan lah mewah nya macam mana kan,  dengan layanan kelas VVVIP lagi. Seronok sungguh.

Nak secure tiket ke convention trip ni kena kumpul conference point. Nak tahu detail boleh terus chat saya. Nanti kita story lebih-lebih. Hihi

Untuk cycle baru ni,  kitorang pulun untuk travel percuma dengan shaklee ke :

Negara matahari terbit,  Japan


Atau

Nak naik cruise mewah ni

Tak perlu risau duit poket, tak perlu risau bayar hotel , tak perlu risau duit makan. Semuanya ditaja. Kalau pergi sendiri memang lambertt lagi kan? Punyalah berjimat untuk kos lain memang takkan bazirkan duit la untuk layanan mewah macam ni. Sehabis mungkin nak cut cost. 
Bersyukur sangat shaklee tawarkan percutian percuma dan mewah macam ni sebagai salah satu reward. 

Macam dah banyak reward yang shaklee tawarkan ni kan? Tapi punyalah baik dan menjaga nya shaklee dengan pengedarnya yang aktif supaya lagi ramai yang berjaya dengan shaklee,  ditambahnya lagi another reward! 

Insentif Tambahan Shaklee

Yang ni memang syok gila, bermula New Cycle April 2023, Shaklee telah tawarkan satu lagi tambahan insentif shaklee khas untuk semua ahli baru dan lama. FIELD INCENTIVE PROGRAM APR – JUN 2023.

Insentif yang ini shaklee akan bagi reward Cash Tambahan sebanyak RM600 kepada mereka yang layak selain dari cash bonus yang kita dapat setiap bulan tu. 

Tapi macam biasa, nak dapatkan sesuatu yang bernilai tu mestilah ada syaratnya. Kita buat kita dapat, kita tak buat tak dapat. Besar kot nilai RM600 tu macam-macam kita boleh buat. Sebelum tu meh kita tengok dulu apa syaratnya untuk dapat CASH REWARD RM600?

Kategori 1 : Ahli Shaklee yang BELUM pernah rank-up sebagai Supervisor (first rank in Shaklee). 

Awak perlu Rank-Up sebagai New Supervisor (Group Sales lebih kurang RM10,000) dalam bulan April atau May atau Jun 2023. 

Kemudian awak hanya perlu kekalkan rank Effective Supervisor (Group Sales lebih kurang RM9,000) pada 2 bulan berikutnya berturut-turut. 

Kategori 2 : Ahli Shaklee yang SUDAH pernah rank-up sebagai Supervisor. 

Awak perlu Rank-Up sebagai New Senior Supervisor (Group Sales lebih kurang RM15,000) dalam bulan April atau May atau Jun 2023. 

Next awak hanya perlu kekalkan rank Effective Senior Supervisor (Group Sales lebih kurang RM17,000) pada 2 bulan berikutnya berturut-turut. 

Jika lepas syarat-syarat ini, maka dengan secara automatik dah layak dah terima CASH REWARDS RM600 dari Shaklee. Best kan! Okay pikir jap nak buat apa ya RM600 ni. Fuhh banyakk weh!  

Syarat paling penting untuk dapatkan Insentif tambahan

Dah tahu cara nak dapat insentif,  tapi sebelum tu awak kena lepas syarat utama ni dulu. Iaitu kena jadi Ahli Berdaftar Shaklee. Macam mana tu? 

Senang jee,  awak cuma perlu daftar keahlian dengan hanya RM35 sahaja. Boleh daftar ahli sendiri disini

Atau nak lagi best,  daftar je percuma dengan pembelian set promosi yang menawarkan keahlian percuma macam set rahmah ni. Pilih je nak Set A atau Set B.  Produk dapat, keahlian pun dapat, Best kan!

Set Rahmah Percuma Keahlian

Kalau nak dapatkan duit poket extra setiap bulan tambah lagi dengan insentif tambahan RM600 ni jom start bisnes shaklee awak sekarang. 

Macam-macam shaklee tawarkan semoga kita pun direzekikan untuk merasa semua reward tu sama-sama. Jom whatsapp saya kita sembang dekat sini


Hargai Sihat Sebelum Sakit || Raihanah Tarmizi

Friday, April 14, 2023

Tips kurus dengan cepat tapi enjoy

" Beruntungnya orang yang tak ada masalah dengan berat badan. Tak perlu fikir macam mana nak kurus,  tak perlu fikir macam mana nak diet. 

Mesti konfiden je gayakan pakaian tanpa fikir lemak yang terbonjol kat belakang. 

Ahh indahnya hidup! "

hahaha. Rilekss awak. Awak tak berseorangan ya dalam hidup ini. Saya pun ada masalah nak kurus jugak! Tapi jangan lupa hidup kita pun indah haa. Haha

Sebagai seorang penduduk bumi yang hadap masalah nak turunkan berat badan ni. Saya selalunya akan turn off untuk diet bila;

1. Kena kira kalori
2. Kena bersenam bagai tiada hari esok
3. Kena eat clean 

Korang pun sama tak? Mula-mula tu excited la nak buat sebab tak pernah try lagi. Rupanya agak hambar ya lagi-lagi part kifa kalori. Menyusahkan untuk saya yang kurang rajin ni. Bersenam bagai nak rak rupanya cukup sekadar aktif sahaja seharian kita. Akhirnya Diet ku tinggal nama sahaja.

Tapi orang kata "Nak kurus memang lah kena struggle sikit." 

Opsss say who? Now saya dah jumpa jalan yang paling best dan seronok untuk diet! Hihi

Diet tapi makan kek, pastries, boleh! Cuma kena ada ilmu je


Lagi banyak lemak, lagi cepat kurus haa

Haa tu baru sikit saya share part best. Yang paling best saya dah lost almost 2kg dalam masa 3 minggu. 

Panjang lagi perjalanan tapi sekurangnya saya enjoy dengan diet saya dan tak rasa terbeban langsung nak buat. Sedar-sedar loss weight!  

3 Tips yang saya amalkan ;

1. Intermittent fasting

Intermittent fasting (IF)  ni adalah sebuah diet yang berkonsep mengatur pola makan kita mengikut jadual tertentu. Iaitu menggunakan kaedah puasa sebagai medium utama diet. 



IF ni salah satu cara mengawal waktu makan untuk tujuan kesihatan. Kita boleh menentukan berapa lama kita nak berpuasa. Bila berpuasa, usus juga turut sama berehat. Sama juga macam berpuasa di bulan Ramadhan cuma bezanya kita boleh minum air kosong waktu buat puasa IF.

Bila berpuasa, paras insulin menurun dan ini bagus untuk membantu mencegah dan mengawal diabetes. Paras insulin yang tinggi boleh merosakkan saraf mata dan salur darah, dan buatkan badan berisiko untuk gemuk tau. 

2. Boost metabolisme 

Bila metabolisma tinggi,  chances untuk kurus dengan cepat lagi tinggi. Sebab tu saya amalkan minum cinch tea sepanjang saya buat IF, selain boost metabolisma cinch tea juga membantu memberikan saya tenaga.

Paling effective dalam proses turunkan berat badan

Jika metabolisma kita tinggi badan kita perlukan lebih banyak kalori untuk maintain berat badan kita. Jadi tak pelik kalau orang makan banyak tapi berat still tak naik. Itu disebabkan oleh tahap metabolisma badan nya yang tinggi. 

Banyak bagi manfaat untuk badan saya

3. Bantuan supplement

Bila kita eager untuk loss weight,  tanpa kita sedar badan kita juga dah loss banyak mikronutrien. Untuk kurangkan gap tersebut kita kena amalkan pengambilan supplemen yang betul. 

Berbaloi untuk kesihatan dalaman dan turun berat

Saya juga lebihkan pengambilan protein dalam diet harian saya, iaitu dengan pengambilan cinch shake shaklee. Yang mana ada leucine yang membantu membina otot saya. Jadi tak perlu lagi risau kalau otot menggeleber bila kita kurus. 

Untuk awak yang bertekad nak kurus tahun ni. Meh saya bantu awak diet dengan enjoy. Kita ada support group yang ohsem! Kita belajar teknik yang betul dan berkesan.

KLIK SINI untuk direct terus ke whatsapp saya. 

saya tunggu awak whatsapp tau! 😉


Lots of love, 
Raihanah









Thursday, April 13, 2023

Bisnes online yang sediakan banyak peluang


Pengalaman berniaga di Universiti

Teringat pula zaman belajar dekat universiti dulu. Nak tampung belanja bulanan bukan mudah, berjimat teruk pun masih lagi tak cukup duit. 

99% belanja bergantung dekat duit pinjaman je, itupun lepas tolak yuran dapat laa seribu lebih untuk 6 bulan. Sebulan cuma ada lebih kurang RM300 je semput-semput untuk belanja makan. 

Nak mintak duit dekat parents tak sampai hati nak menyusahkan, pening juga laa fikir macam mana nak dapat duit lebih walaupun masa ni masih lagi bergelar student. 

Jarang sangat-sangat keluar hujung minggu, kalau nak keluar dari kampus memang kena ada kenderaan sebab kampus jauh dari bandar. Jadi kalau nak keluar terpaksa lah sewa kereta. Sewa kereta maknanya kena keluar duit laa.

Ni lah sahabat susah senang saya dekat universiti! comel kan? hihi




















Sebelum masuk universiti lagi saya dah aktif buat Bisnes Online sebagai dropship. Tapi berniaga pun macam tak berniaga sebab sendu sangat. 

Tiap-tiap hari post iklan dekat soc med bezanya sekarang orang dah pandai buat content nak attract customer. kalau dulu poster je memanjang. Leader pun tak ada ajar macam mana nak tarik customer, buat marketing dan sebagainya. Semuanya kena berdikari sendiri.

Saya fikir kalau stay je macam ni memang tak masuk lah income extra. susah weh. 

Ada satu hari tu tiba-tiba saya dapat whatsapp dari stranger, chat tu macam ajak saya buat bisnes la. Apa yang saya tertarik dengan chat tu adalah reward yang dia akan bagi kalau saya dapat buat sale paling tinggi. Dapat pergi langkawi 3H2M full sponser. Wow tak? 

Maka bermula lah perjalanan saya sebagai seorang penjual nasi lemak di kolej kediaman saya. Walaupun tak pandai nak berniaga, saya jadikan reward ke Langkawi tu sebagai fokus utama saya. 

Teringat pulak nasi lemak ayam buttermilk ni. Dengan pedas sambal bilisnya gabung pulak dengan sos creamy.  Yummy!

Jadi setiap hari saya akan ambik order untuk delivery esoknya. Setiap petang akan pergi COD dekat bilik customer. Kadang kalau lambat berlari sebab takut customer marah, naik turun tangga biasa je dengan plastik penuh dan berat kat tangan. Nak tersadung pun pernah hahaha

Punya syok jual nasi lemak ni walaupun penat, sehari saya boleh jual lebih 30 bekas. Sampai akak owner tu mintak tips dari saya nak share dekat agent lain tau. 

Last sekali memang saya dapat laa reward tu sebab saya punya sale paling tinggi. Bangga gila walaupun baru start berbekalkan kegigihan tu i got it! Cuma tak pergi langkawi sebab certain problem, akak owner tu ganti dengan reward lain. 

Seronok tapi penat 

Berbekalkan pengalaman berniaga sebelum ni, saya jadi lebih berhati-hati untuk memilih perniagaan yang terbaik untuk saya supaya saya tak berhenti separuh jalan.

Saya tak nak buat benda yang memenatkan sebab nanti saya akan turn off,  mulalah datang niat nak stop. 

Akhirnya saya tergerak hati nak kenal dengan company Shaklee. At first saya hanyalah pengguna produk shaklee sahaja. Tapi bila saya nampak peluang yang ditawarkan oleh Shaklee yang mana kalau saya tak grab saya adalah orang yang tersangat rugi. Jadi saya decide untuk start berniaga dengan Shaklee. 

4 peluang yang buat saya tertarik dengan Shaklee

1. Shaklee ada payslip

Dan payslip shaklee ni laku dimata bank tau! Nak buat loan kereta,  loan rumah semua boleh. Setiap bulan kita akan dapat bonus selain daripada untung runcit setiap jualan. Yang specialnya kita boleh tentukan berapa amaun yang kita nak dalam payslip kita.  

Setiap hari boleh tengok kenaikan gaji


2. Berpeluang join trip mewah ke luar negara

Shaklee juga tawarkan reward percutian mewah 6 bintang. Percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee dari sudut makanan, tiket penerbangan, penginapan, tiket masuk ke acara atau tempat lawatan. Paling best duit poket pun disediakan bagi setiap yang layak. Kita cuma bawak diri sahaja. 

3. Tak perlu keluar modal 

Untuk newbies yang baru nak start bisnes,  saya paling seram kalau kena keluarkan modal. Bukan apa, sakitt kalau modal kita tu tak boleh nak rolling. Sebab kita baru nak bertatih jadi saya nasihatkan jangan ambik risiko. 

Kalau tak keluarkan modal bermakna kita tak ada simpan stock bawah katil. Di Shaklee semua barang akan dipos oleh pihak Shaklee sendiri. Kita cuma perlu klik-klik sahaja di website. Mudah dan senang bukan? Jadi tiada istilah stok tak laku atau stok peram. 

4. Ukhuwah yang erat 

Dengan Shaklee, saya dapat kenal dengan ramai orang yang berbeza bidang dan latar belakang.  Ada yang bekerja sebagai Doktor, pensyarah, jurutera, akauntan, surirumah, pelajar, dan lain-lain. 

Kalau nak buat bisnes,  carilah bisnes yang ada team. Baru kita akan rasa enjoy sebab kita tak berseorangan. Paling penting carilah team yang supportive dan masuk air haha

Macam team saya ni! Sayang semuaaa!

Nak Try Berniaga Tapi Tak Pandai?  

Jangan takut!  Semua orang asalnya dari tak pandai, asalkan ada usaha nak belajar. Kita boleh grow together!  

Upline saya selalu pesan kalau nak buat bisnes buat masa kita senang,  jangan tunggu sempit dulu baru terkial-kial nak cari extra income. Lagi pun kita buat semua ni untuk diri kita dan kebaikan orang lain juga. 

Moments masa join seminar RYG 2023 yang paling gempak

Untuk awak yang nak cuba buat bisnes online, buat sekarang tau! Jangan tunggu-tunggu lagi. Kalau rasa nak borak dengan saya pasal bisnes Shaklee meh whatsapp saya, boleh KLIK SINI.  

Saya tunggu awak whatsapp tau 🤗

Lots of love,
Raihanah





















Friday, April 7, 2023

KULIT CANTIK SEPERTI REMAJA PERLUKAN VITAMIN


Vitamin kulit cantik

Nak share satu story ni! Ingat lagi dulu saya paling tak suka dengan soalan macam ni. 

"Nak ikut pergi pulau tak?" 

"Bulan ni free tak? nak ajak pergi pulau."

Bila dengar jee zappp otak saya terus bekerja nak fikir alasan apa nak bagi kat kawan-kawan ni, haha lawak betul bila ingat balik. Kawan-kawan pun dah faham dengan perangai saya.

Maklumla saya tinggal di Terengganu, jadi memang tak lari dari ajakan ke pulau. 

Cuma boleh kira dengan jari berapa kali je saya pernah ke pulau. Pulau Perhentian tu pun saya belum pernah jejak lagi seumur hidup saya walaupun dekat je. Sedih betul kan? 

FOBIA DENGAN MATAHARI 

Saya anti betul dengan matahari, sebab matahari tak mesra langsung dengan saya. Boleh ke gitu? 

Bukan apa,  dari dulu saya memang tak boleh lari dengan kulit muka 'sunburn'. Sampai tahap kalau kena panas terik tak sampai satu jam pun muka dengan tangan saya mesti berbelang tak ingat dunia. Jenuh sapu sunscreen tapi macam tu lah jugak keadaannya. 

Itu belum lagi ke pulau,  kalau saya ke pulau alamatnya hangus rentung lah saya tersidai di tepi laut hihi 

Bila muka burn, automatik muka saya akan nampak sangatt kusam! Ni lah kerisauan terbesar saya. KULIT MUKA KUSAM! OH NOOO!!!!

5 Punca Kulit Muka Kusam

1. Terlalu banyak terdedah kepada sinar matahari (Sinar UVA) 

Hati-hati dengan radiasi UVA kerana dia boleh tembus masuk sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Boleh jadi pigmentasi pada kulit.

2. Sel-sel kulit mati terkumpul

Biasanya sel kulit mati ni akan tertanggal sendiri tanpa kita sedar untuk digantikan dengan sel kulit yang baru,  tapi adakalanya sel kulit yang mati tidak tertanggal sepenuhnya dari wajah kita. 

Kalau dibiarkan tanpa melakukan scrub pada wajah, sel kulit mati ni akan berkumpul sebab tu muka kita nampak kusam dan tidak sihat. 

3. Kurang tidur

Seseorang yang tidak mendapat tidur yang cukup lebih cenderung untuk kelihatan letih dan tidak bermaya.

4. Dehidrasi

Bila tubuh badan tidak mendapat jumlah air yang mencukupi,  ia boleh menyumbang kepada garis kedutan dan pori-pori yang kelihatan jelas pada wajah. 

5. Diet yang tidak seimbang

Nutrien yang sihat perlu diambil untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah. Sebab tu kita kena lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan seharian kita. 

Pastikan makanan kita mengandungi vitamin-vitamin yang baik untuk kulit wajah berseri. Jangan skip vitamin kulit tau! 

VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK DARI DALAM

Rupanyaa nak kulit cantik dan sihat,  bukan semata jaga luaran je. Walaupun tak skip cuci muka, pakai pelembap sunscreen dan sebagainya kita tetap kena jaga dari dalam.  

Kulit ni ialah organ terbesar dalam tubuh badan manusia, jadi kita kenalah jaga extra. Tak boleh sambilewa kalau nak kulit cantik tau! 

Antara vitamin yang saya makan dan fokus untuk kulit ialah; 

1. Vitamin C 

Vitamin c  ni sangat penting untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Tetapi kadar vitamin c dalam badan akan berkurang apabila umur semakin meningkat. Malangnya badan manusia tak boleh hasilkan vitamin c sendiri tau. 

Untuk cukupkan keperluan vitamin c dalam badan,  seseorang tu perlu makan 7 biji buah oren setiap hari! Awak boleh ke?  

Boleh jadi satu komitmen pulak untuk pastikan setiap hari ada 7 biji buah oren dalam peti ais haa. Setiap hari kena keluarkan duit untuk beli buah oren. Kalau saya tak sanggup!  

Jadi saya makan lah vitamin c sebiji sehari sebab dia boleh menyekatakan tona kulit dan mencerahkan kulit saya.  Banyak manfaat vitamin c. 


2. Protein 

Pengambilan protein yang cukup dapat membantu membina sel-sel yang rosak. Jadi tak hairan lah bila amalkan protein, kuku,  kulit dan rambut jadi cantik. Kebanyakan protein berasal dari produk berasaskan haiwan macam daging,  ikan, ayam,  dan telur. 

Tapi saya lebih suka amalkan protein yang berasaskan tumbuhan seperti kekacang. Sebab tu saya pilih protein soya dari Shaklee iaitu ESP.  Soya yang diproses dengan sangat teliti tanpa mengurangkan satu pun khasiatnya. 

Jadi kalau nak kulit cantik,  gebu dan anjal jangan lupa amalkan protein ESP ni sebagai vitamin kulit kita. 

Vitamin kulit

TESTIMONI VITAMIN KULIT CANTIK SHAKLEE 

Kulit tak kusam, tona kulit makin sekata

Vitamin kulit cantik

Kulit makin cerah dan gebu

Vitamin kulit cantik

Haa tu je saya nak share. My kusam skin journey hihi. 

Sebelum terlupa bulan ni VITAMIN KULIT ni ada promosi harga rahmah. Untuk yang nak kulit cantik dan super sihat, ni lah masa terbaik untuk korang cuba. Jom dapatkan dari jenama terbaik Shaklee yang dihasilkan oleh saintis terbaik dunia. 

Vitamin kulit cantik


Sebelum terlepas promo, kalau berminat nak grab promo ni boleh hubungi saya di whatsapp - 0145375528. Atau KLIK SINI untuk terus ke whatsapp saya okay!  

Saya sedia membantu korang untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat! 

Monday, April 3, 2023

HELLO !

Assalamualaikum ..

Hai salam kenal! Nama saya Raihanah tapi biasanya semua orang panggil Annah. Pernah rasa nak tukar nama panggilan biar glamor lagi tapi diri sendiri pun rasa pelik nak sebut hahaha 

korang pernah tak rasa bosan sebut nama sendiri? Takpernah ek hahaha saya jelah terlebih drama kot. Kadang teringin laa nak tukar jadi Rai ke Nana ke Hana ke (ayu sikit kan?) tapi masalahnya sape je yang nak sebut tu.. Takkan nak syok sendiri pulak kan erghh

So abaikan aje, Annah disini haa ! 

Jadi entry ni merupakan permulaan kepada saya dalam bidang blogging ni tau. 

Alahai sebut blogging pun segan, tak pandai pun nak menulis biar orang asyikkk membaca cerita kita. Tapi sebab tak pandai laa saya rasa nak cabar diri saya ni. Kadang suka sangat baca penulisan orang. Pastu fikir macam mana laa orang boleh tulis menarik macam tu, kita baca habis kot! Gile tak menarik. 

Semoga nanti ada perkongsian dari saya jugak yang dapat bagi manfaat kepada semua yang membaca. 

Jumpa lagi nanti!  

Bismillah.